Cari @ Amanz

BlackBerry, walaupun syarikatnya mengalami kesukaran untuk bersaing dengan pelbagai pengeluar lain, namun mereka dilihat masih meneruskan fokus mereka, dan kini dilihat sedang dalam pembangunan untuk sistem operasi versi seterusnya daripada mereka, BlackBerry OS 10.3.

BlackBerry 10.3

Buat masa ini, versi pembangunannya dilihat telah tertiris untuk BlackBerry Z10 (STL 100-3), dimana melaluinya beberapa fungsi baru yang bakal disertakan diketahui.

Salah satu perubahan utama yang dilihat adalah dari segi antaramuka, dimana ia kini turut menggunakan sedikit elemen rekaan mendatar pada sistem operasi mereka. Disamping itu, tiada lagi rekaan kotak dipaparkan pada ikon, menjadikannya lebih kemas berbanding sebelum ini.

Sokongan kamera turut dilihat ditambah baik, terutamanya dari segi rakaman gambar panorama, dan juga fungsi HDR. Pihak BlackBerry turut dilihat memberikan perhatian kepada pemain muzik mereka, disamping dilihat bakal menambah-baik sokongan bantuan pintar pada sistem operasi mereka ini.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan pada peringkat awal pembangunan lagi, dan tidak diketahui lagi bilakah pihak BlackBerry akan menawarkan kemaskini tersebut kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd