Pinterest Kini Hadir Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

Pinterest Kini Hadir Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Mac 25, 2014 oleh .

Pinterest merupakan salah satu laman sosial yang membolehkan para pengguna berkongsi atau pin-akan pelbagai kandungan dari web dan menjadikannya sebagai salah satu papan buletin. Kini, ia dilihat perkhidmatan sosial berkenaan turut hadir dalam pilihan bahasa Malaysia.

Pinterest

Melalui pengenalan sokongan bahasa Malaysia ini, ia membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan Pinterest bukan sahaja pada web dalam bahasa tempatan, tetapi juga melalui aplikasi iOS dan juga Android mereka.

Pada masa yang sama, pihak Pinterest turut dilihat berkongsi mengatakan yang mana pengguna di Malaysia telah sedia aktif menggunakan perkhidmatan mereka, dan memfokuskan kepada pin-pin daripada kategori fesyen, percutian, kraf, makanan dan juga dekorasi rumah.

Jadi, dengan pengenalan Pinterest dalam bahasa Malaysia, mungkinkah kita akan dapat melihat komuniti Pinterest berkembang dengan lebih pesat selepas ini?

Layari : Pinterest

Muat-Turun Aplikasi Pinterest untuk Android

Muat-Turun Aplikasi Pinterest untuk iOS


TIPS & ULASAN