Cari @ Amanz

HTC bakal mengadakan acara pelancaran HTC One 2014 pada malam ini, dan beberapa jam sebelumnya, kini dilihat aplikasi HTC BlinkFeed telah diterbitkan di Google Play Store.

HTC BlinkFeed

Bagi yang tidak mengenali HTC BlinkFeed, ia merupakan salah satu aplikasi yang hadir dengan beberapa peranti baru HTC – menawarkan kandungan daripada pelbagai laman pada skrin utama peranti. Selain HTC BlinkFeed, pihak HTC turut menerbitkan aplikasi “Pek Khidmat HTC” di Google Play Store.

Apa pun, kedua-dua aplikasi tersebut dilihat masih tidak boleh dipasang pada sebarang peranti buat masa ini, termasuk pada peranti HTC sendiri.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai peranti apa yang akan menyokong aplikasi ini pada acara rasmi HTC malam ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd