Saksikan Pengumuman Langsung HTC One 2014 Di Web Pada Pukul 11 Malam ini
HTC

Saksikan Pengumuman Langsung HTC One 2014 Di Web Pada Pukul 11 Malam ini

Diterbitkan pada Mac 25, 2014 oleh .

Bagi para peminat peranti Android, dan juga peminat jenama HTC, semestinya anda ingin melihat sendiri pengumuman HTC One generasi baru pada malam ini. Untuk memudahkannya, kini pihak HTC menyediakan sebuah halaman khas yang akan menyiarkan siaran langsung pengumumannya.

HTC One generasi baru ini dilihat akan menyertakan antaramuka HTC Sense 6.0 dengan pelbagai pembaharuan, disamping menyertakan kemaskini dari segi kamera dan sebagainya. Ia turut dilihat akan menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, disamping menggunakan butang maya atas skrin.

Jadi, sama-sama kita nantikan pengumuman HTC One generasi baru ini pada pukul 11 malam ini.

Tonton : Pengumuman HTC One 2014


TIPS & ULASAN