Paparan Skrin VLC Player Pada Windows Phone 8 Diperlihatkan

Paparan Skrin VLC Player Pada Windows Phone 8 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mac 25, 2014 oleh .

Pemain media VLC Player merupakan salah satu pemain media yang popular dikalangan para pengguna desktop. Baru-baru ini, ia telah diperkenalkan pada Windows 8 dan pembangunnya kini sedang bergiat membangunkan untuk beberapa platform lain, iaitu Windows RT dan juga Windows Phone 8.

VLC Windows Phone

Tiada sebarang tarikh yang dijanjikan oleh mereka. Namun, dengan pengenalan pada Windows 8, pembangunan untuk platform lain telah melangkah setapak lagi ke hadapan.

Menariknya, bagi pengguna Windows Phone 8, kini sebuah paparan skrin dikongsikan, sekaligus memperlihatkan bagaimanakah antaramuka VLC Player akan kelihatan pada platform mudah-alih Windows Phone.

Apa pun, pembangunannya mungkin mengambil masa yang lama lagi sebelum dilancarkan secara rasminya. Pihak VideoLAN dijangka memperkenalkan ia pada Windows RT terlebih dahulu sebelum pada platform telefon pintar Windows Phone


TIPS & ULASAN