Sony Dilaporkan Tidak Akan Menggunakan Android Wear Buat Masa Ini

Sony Dilaporkan Tidak Akan Menggunakan Android Wear Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Mac 25, 2014 oleh .

Google baru-baru ini telah memperkenalkan Android yang dioptimasikan untuk jam tangan pintar, dinamakan Android Wear. Lanjutan daripadanya, beberapa pengeluar telah menyatakan sokongan termasuk LG dan juga Motorola.

Sony Smartwatch 2

Tetapi bagaimana pula bagi beberapa syarikat yang telah sedia mempunyai platform mereka sendiri. Sebagai contoh, Samsung masih kekal dengan platform mereka berasaskan Tizen untuk Gear, dan kini ia dilihat Sony menyatakan mereka akan kekal dengan platform SmartWatch mereka buat masa ini.

Sony dipetik mengatakan mereka telah menyumbang masa dan sumber pada platform tersebut, dan dijangka akan kekal padanya untuk masa terdekat ini.

Sony sebelum ini telah menjadi antara yang terawal memperkenalkan jam tangan pintar mereka, dan pada tahun lepas mereka telah memperkenalkan SmartWatch generasi kedua.

Selain daripada SmartWatch, baru-baru ini mereka telah memperkenalkan SmartBand dan juga aplikasi LifeLog untuk Android.


TIPS & ULASAN