Pada acara pelancaran HTC One M8, HTC turut mengaakan yang mana telefon pintar mereka ini akan menjadi salah satu peranti yang ditawarkan secara meluas di pasaran global – melibatkan lebih 230 operator telekomunikasi.
Untuk pasaran Malaysia, ia dilihat ke empat-empat syarikat telekomunikasi utama akan menawarkannya, termasuk Celcom, DiGi, Maxis dan juga U Mobile.
Namun, tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak HTC Malaysia buat masa ini, selain hanya mengatakan ia akan hadir dalam masa beberapa minggu sahaja lagi di rantau Asia Tenggara.
HTC One M8 merupakan kemaskini kepada keluarga HTC One sebelum ini, menyertakan antaramuka HTC Sense 6, dilengkapi skrin bersaiz 5-inci dan menyertakan teknologi dwi-kamera pada bahagian belakang.
- Baca : Pandang Pertama HTC One M8