NVIDIA Memperkenalkan Pemprosesan Grafik Generasi Baru – TITAN Z

NVIDIA Memperkenalkan Pemprosesan Grafik Generasi Baru – TITAN Z

Diterbitkan pada Mac 26, 2014 oleh .

NVIDIA hari ini memulakan acara tahunan mereka, GPU Technology Conference, dimana mereka memulakannya dengan mengumumkan salah satu produk baru mereka, GeForce GTX TITAN Z.

NVIDIA TITAN Z

NVIDIA GeForce GTX TITAN Z ini dibangunkan menggunakan dua GPU Kepler dan juga memori yang didedikasikan sebanyak 12GB VRAM. Menggunakannya, ia membolehkan mengoperasi grafik sehingga resolusi 5K tanpa sebarang masalah serta menyokong penggunaan multi-monitor untuk permainan.

TITAN Z juga turut dilengkapi dengan sejumlah 5760 teras pemprosesan yang dibawakan oleh gabungan dua cip GK110.

Maklumat penuh berkaitan dengan TITAN Z ini masih samar-samar buat masa ini. Apa pun, ia dikatakan pemprosesan grafik ini bakal mencecah harga jualan $3000 (~RM9909) ketika dijual kelak.


TIPS & ULASAN