AMD Melancarkan APU Generasi Baru – “Kaveri” Di Malaysia

AMD Melancarkan APU Generasi Baru – “Kaveri” Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 26, 2014 oleh .

Pada bulan Januari yang lepas, pihak AMD sedia memperkenalkan APU generasi baru mereka yang dikenali dengan nama “Kaveri” kepada umum. Kini, selang beberapa bulan, ia turut dilancarkan untuk pasaran tempatan.

AMD Kaveri

AMD Kaveri

Cip APU terbaru ini memfokuskan kepada gabungan perkomputeran 12 teras (gabungan 4 CPU dan 8 GPU), selain mana menyertakan teknologi HSA (Heterogeneous System Architecture) daripada AMD.

AMD mengatakan dengan menggunakan teknologi HSA ini, ia membolehkan cip GPU untuk mengakses memori yang diperlukan untuk melakukan sesuatu tugasan tanpa perlu menantikan arahan daripada CPU seperti sebelum ini. Ia sekaligus menyumbang kepada prestasi perkomputeran yang lebih baik, disamping menjimatkan tenaga penggunaannya.

Cip APU yang membawakan gabungan cip pemprosesan utama dan cip pemprosesan grafik dalam satu ini hadir dalam beberapa variasi iaitu AMD A10-7850K APU, AMD A10-7700K. Cip AMD A10-7850K menawarkan kepantasan operasi sehingga 4.0GHz dalam mod Turbo, sementara A10-7700K dilihat menawarkan kelajuan sehingga 3.8GHz dalam mod yang serupa. AMD akan turut menawarkan A8-7600 untuk pasaran tempatan. Ketiga-tiga APU ini dilengkapi sokongan grafik Radeon R7 padanya.

Di Malaysia, ketiga-tiganya akan memasuki pasaran, dimana A10-7700K akan dijual pada harga RM589, dan A10-7850K akan dijual pada harga RM679. Harga jualan untuk A8-7600 dijangka dikongsikan pada tarikh akan datang.


TIPS & ULASAN