Carian
(Ura-Ura) TM Dilaporkan Berjaya Mendapatkan Pegangan Di P1
March 26, 2014 Aman

TM P1Desas-desus berkaitan pengambil-alihan P1 telah diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas, dimana beberapa nama yang disebut-sebut adalah termasuk nama DiGi dan juga Telekom Malaysia. Mengikut salah satu laporan hari ini, ia dikatakan pihak Telekom Malaysia berjaya dalam pembidaan tersebut.

Menurut Free Malaysia Today, TM dilaporkan mendapatkan sebahagian pegangan Green Packet pada P1. TM dikatakan akan mengeluarkan sebanyak lebih kurang RM2 bilon untuk perkara tersebut.

Buat masa ini, pihak Telekom Malaysia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Namun, mereka menjadualkan sebuah acara media memfokuskan kepada kolaborasi dengan penyedia industri esok.

Mungkinkah kita akan mendengar mengenainya esok?

Komen