Cari @ Amanz

Maxthon Cloud Browser merupakan salah satu pelayar web alternatif yang berasaskan enjin Webkit dan Trident. Setelah melalui fasa ujian beta sebelum ini, pelayar web yang dibangunkan dari China ini diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna Linux.

Maxthon Cloud Browser untuk Linux membawakan beberapa fungsi seperti Sync Magic Fill yang membolehkan pengguna sync beberapa data seperti bookmarks dengan hanya menggunakan satu akaun Maxthon sahaja. Turut bersama-sama dengannya ia turut tampil dengan antaramuka baru selain membawakan peningkatan prestasi padanya.

Maxthon

Maxthon Cloud Browser sebelum ini telah sedia berada pada platform Windows, OS X, dan kini pengguna Linux turut berpeluang menggunakan pelayar web ini. Maxthon juga turut menampilkan versi mudah-alih sebelum ini melalui Maxthon Mobile untuk pengguna Android, iOS, dan Windows Phone 8.

Bagi pengguna Linux yang ingin mendapatkan pelayar web Maxthon Cloud Browser ini, boleh memuat-turunnya pada halaman rasmi Maxthon.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd