Aplikasi HTC BlinkFeed Dan HTC Zoe Akan Ditawarkan Untuk Peranti Android Lain

Aplikasi HTC BlinkFeed Dan HTC Zoe Akan Ditawarkan Untuk Peranti Android Lain

Diterbitkan pada Mac 27, 2014 oleh .

Semalam, pihak HTC telah memperkenalkan telefon pintar generasi baru mereka dengan beberapa kemaskini, termasuk dari segi HTC BlinkFeed dan juga beberapa aplikasi lain. Menariknya, dari segi perancangan, ia dilihat dalam beberapa bulan lagi, BlinkFeed mungkin bukan hanya eksklusif kepada peranti HTC sahaja lagi.

HTC dipetik mengatakan akan menawarkan aplikasi tersebut kepada pelbagai peranti Android yang lain tidak lama lagi. Berkongsi ketika pelancaran semalam, HTC mengatakan mereka telah menambah pelbagai penerbit baru pada BlinkFeed, disamping berkongsi mengatakan lebih daripada 1 bilion dan mempunyai lebih kurang 5.7 juta pengguna aktif.

Selain HTC BlinkFeed, ia dikatakan pihak HTC turut akan menawarkan aplikasi Zoe mereka kepada pengguna peranti lain.

Semestinya mungkin ramai persoalkan mengenai eksklusiviti yang ditawarkan HTC. Namun, dari segi penjenamaan, ia akan membolehkan para pengguna menguji terlebih dahulu beberapa perisian yang ditawarkan sebelum berpindah ke peranti HTC sepenuhnya.

Apa pun, buat masa ini tiada sebarang tarikh yang disediakan dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN