Twitter Menambah Perkongsian Sehingga Empat Gambar Pada Satu Tweet – Dan Fungsi Tag Gambar

Twitter Menambah Perkongsian Sehingga Empat Gambar Pada Satu Tweet – Dan Fungsi Tag Gambar

Diterbitkan pada Mac 27, 2014 oleh .

Twitter hari ini memperkenalkan sedikit kemaskini memfokuskan sokongan gambar pada perkhidmatan tersebut. Dua fungsi terbaru diperkenalkan, dimana yang pertama adalah sokongan tag pengguna lain pada gambar.

Melalui fungsi baru ini, pengguna boleh tag sehingga 10 orang pada sesuatu gambar, sekaligus memudahkan mereka yang terlibat mengetahui mengenainya dan berinteraksi berkenaan dengan gambar tersebut.

Twitter Pic Tag

Dengan fungsi tag ini, pengguna boleh menambah gambar dan tag pengguna lain, serta menikmati penggunaan sehingga 140 aksara untuk Tweet. Fungsi ini dilihat diperkenalkan pada aplikasi iPhone dan Android terlebih dahulu oleh Twitter. Anda juga akan menerima notifikasi sekiranya anda di tag pada sesuatu gambar yang dikongsikan di Twitter.

Selain itu, satu lagi fungsi memfokuskan gambar yang turut diperkenalkan Twitter adalah kebolehan berkongsi sehingga 4 gambar pada sesuatu Tweet.

Twitter Multi-Gambar

Sebelum ini, pengguna hanya boleh menambah satu gambar sahaja, dan pengenalan penambahan sehingga 4 gambar ini semestinya digemari oleh sebahagian pengguna. Paparan gambar juga dilihat menarik dan dipaparkan dalam bentuk kolaj.

Fungsi penambahan sehingga empat gambar ini diperkenalkan pada aplikasi Twitter terlebih dahulu dan akan hadir ke Android dan Twitter Web tidak lama lagi.

Bagi pengguna Twitter, anda boleh mengemaskini aplikasi iOS dan Android anda hari ini untuk menikmati fungsi baru yang dibawakan Twitter ini.


TIPS & ULASAN