Cari @ Amanz

Google boleh dikatakan tidak begitu memberikan perhatian kepada pembangunan aplikasi di platform Windows Phone buat masa ini. Namun, mungkin dengan penambahan pengguna pada platform tersebut dari hari ke hari, mereka mengubah perancangan mereka.

Terkini, ia dilihat melalui halaman perbincangan pembangun di Chromium, halaman projek Chrome untuk Windows Phone menerima sedikit kemaskini. Halaman perbincangan tersebut dilihat telah dimulakan pada tahun 2012 untuk berbincang dan berkongsi maklumat berkenaan Chrome untuk Windows Phone, dan baru-baru ini ia telah diubah kepada seorang pembangun baru.

Seperti biasa, ia mungkin tidak membawakan sebarang makna, ataupun mungkin hanya pada peringkat awal untuk dibincangkan pembangunannya.

Walaupun tidak membawakan fungsi penuh Chrome, mungkin salah satu fungsi yang dinantikan ramai adalah Chrome Sync pada platform mudah-alih tersebut.

Apa pun, boleh dikatakan Microsoft tidak begitu menyukai pelayar web pihak ketiga pada platform mereka, dan memerlukan pembangun menggunakan enjin IE untuknya. Perkara ini mungkin salah satu halangan dalam pembangunan pelayar web Chrome untuk platform Windows Phone buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd