Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini akan melancarkan secara rasminya telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Galaxy S5. Bersama-sama dengannya beberapa aksesori turut bakal ditawarkan, dimana salah satunya adalah Samsung Gear Fit.

Samsung Gear Fit memfokuskan kepada mereka yang sering bersukan dan ingin mendapatkan pelbagai data berkaitan dengan kecergasan mereka. Ia boleh digunakan dengan sebuah aplikasi khusus untuk telefon pintar Samsung Galaxy, dan menggunakan Bluetooth untuk berhubung.

Samsung Gear Fit

Dari segi spesifikasi, Gear Fit membawakan skrin bersaiz 1.84-inci yang melengkung, dan dilengkapi dengan strap yang boleh digantikan, selain sokongan kalis air dan debu IP67. Ia turut menggunakan bateri berkapasiti 210mAh yang mampu bertahan sehingga 3 ke 4 hari lamanya.

Di Malaysia, Samsung Gear Fit akan dijual pada harga RM599 bermula daripada 11 April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd