Cari @ Amanz

Selang sebulan ia diperkenalkan di Mobile World Congress, hari ini pihak Samsung turut memperkenalkan telefon pintar terbaru daripada mereka, Samsung Galaxy S5 untuk pasaran tempatan.

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Telefon pintar yang menyertakan kemaskini dari segi beberapa perkara, seperti sokongan TouchWiz baru, penambah-baikkan pada bahagian kamera, sokongan sensor tambahan termasuk untuk degupan jantung, dan ebberapa perkara yang lain. Sokongan pengimbas cap jari turut disertakan pada Galaxy S5.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 5.1-inci (1920×1080 pixel), cip pemporsesan 2.5GHz empat-teras, kamera belakang 16-megapixel, kamera hadpaan 2-megapixel, memori 2GB RAM, dan bateri berkapasiti 2800mAh. Ia turut dilengkapi dengan sokongan rangkian LTE bersama-sama dengannya.

Pihak Samsung turut melengkapkan ia dengan kandungan tambahan melalui penawaran Galaxy Lifestyle mereka, membawakan nilai sehingga RM3500 melaluinya.

Samsung Galaxy S5 akan dijual pada harga RM2399 di Malaysia bermula 11 April ini, dan boleh di pra-tempah bermula esok melalui pengedar rasmi Samsung dan syarikat telekomunikasi tempatan. Aksesori lain akan turut ditawarkan bersama-sama termasuk Gear 2 dan juga Gear Fit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd