Cari @ Amanz

Selain daripada peranti memfokuskan kecergasan – Gear Fit, Samsung Malaysia juga bakal menawarkan jam tangan pintar mereka yang berasaskan kepada platform Tizen, iaitu Gear 2.

Samsung Gear 2

Samsung Gear 2 boleh dikatakan sebagai generasi kedua jam tangan pintar mereka, dimana membawakan beberapa perubahan, termasuk sokongan untuk personal coaching, penyertaan sensor untuk memantai degupan jantung, Pedometer, dan beberapa perkara lain.

Jam tangan pintar ini menggunakan skrin bersaiz 1.63-inci (320×320 pixel), dilengkapi cip pemprosesan 1.0GHz dwi-teras, dan kamera 2-megapixel dengan sokongan auto-fokus.

Fungsi-fungsi seperti sebelum ini turut disertakan termasuk antaranya adalah kebolehan melihat panggilan yang diterima, melihat SMS dan notifikasi daripada aplikasi, selain menggunakan WatchOn Remote dan mengakses beberapa aplikasi lain menggunakannya.

Jam tangan pintar ini turut hadir dengan sokongan kalis air IP67. Bateri berkapasiti 300mAh dikatakan mampu memberikan masa penggunaan sehingga 2 ke 3 hari untuk penggunaan biasa.

Di Malaysia, Samsung Gear 2 dijual pada harga RM899 dan akan ditawarkan bermula 11 April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd