Samsung Galaxy Tab 4 Bakal Hadir Dalam Variasi Saiz 10.1-inci Dan 7-inci

Samsung Galaxy Tab 4 Bakal Hadir Dalam Variasi Saiz 10.1-inci Dan 7-inci

Diterbitkan pada Mac 27, 2014 oleh .

Samsung bersama-sama pengumuman untuk jam tangan pintar mereka, Gear 2 dan juga Gear Fit, telah mengumumkan beberapa peranti yang serasi dengannya. Menariknya, dua tablet baru yang tidak diumumkan lagi turut dilihat tersenarai – yang mana hadirnya daripada keluarga Galaxy Tab 4.

Pada penyenaraian sokongan peranti yang serasi dengan Gear Fit, pihak Samsung menyertakan Galaxy Tab 4 10.1 dan juga Galaxy Tab 4 7.0, sekaligus memperlihatkan kedua-dua variasi tablet berkenaan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Gear Fit Compatible

Perkara ini selari dengan gambar yang tertiris semalam, memperlihatkan Galaxy Tab 4 7.0.

Selain kedua-dua tablet tersebut, pihak Samsung turut menyenaraikan Galaxy TabPRO 8.4 pada senarai tersebut – sekaligus memberi petanda kemungkinan ketiga-tiga tablet ini akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Samsung Galaxy Tab 4 7.0


TIPS & ULASAN