Microsoft Office Mobile Untuk Android Dan iPhone Kini Ditawarkan Secara Percuma

Microsoft Office Mobile Untuk Android Dan iPhone Kini Ditawarkan Secara Percuma

Diterbitkan pada Mac 28, 2014 oleh .

Selepas memperkenalkan Office untuk iPad, pihak Microsoft turut sama mengumumkan aplikasi Office Mobile untuk Android dan iPhone yang mana kini ia boleh diakses secara percuma untuk kegunaan di rumah.

Sebelum ini, Office Mobile untuk kedua-dua versi mudah-alih ini telah sedia ditawarkan secara percuma untuk dimuat-turun namun pengguna diperlukan untuk melanggan Office 365 sebelum boleh menggunakannya. Kini, aplikasi pejabat ini boleh diakses secara percuma walaupun pengguna tidak melanggan sebarang langganan Office 365.

Office Mobile

Office Mobile untuk Android dan iPhone membolehkan pengguna mencipta dan menyunting fail Word, Excel, dan PowerPoint terus melalui telefon pintar pengguna. Ia turut diintegrasikan dengan storan awan OneDrive yang dapat membantu pengguna untuk menyimpan dan menyunting fail pejabat secara bergerak dengan mudah.

Dengan tawaran aplikasi pejabat percuma sebelum ini seperti QuickOffice untuk Android dan juga aplikasi iWork untuk setiap pembelian iPhone baru, Microsoft turut mengambil inisiatif ini dalam menawarkan aplikasi Office Mobile secara percuma untuk telefon pintar.

Bagi para pengguna yang berminat untuk mendapatkannya, boleh memuat-turun aplikasi Office Mobile melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Muat-turun: Office Mobile untuk Android


Muat-turun: Office Mobile untuk iPhone


TIPS & ULASAN