Cari @ Amanz

Bagi para pengguna Nexus 4 yang inginkan sedikit kelainan, kini anda boleh memuat-turun sistem operasi Sailfish OS daripada Jolla dan memasangnya pada telefon pintar Nexus 4 anda.

Untuk mereka yang tidak mengenali akan Sailfish OS, ia merupakan salah satu evolusi daripada platform MeeGo sebelum ini. Pihak Jolla telah memperkenalkan telefon pintar Sailfish OS mereka sebelum ini, dan kini turut menawarkan fail pemasangan sistem operasi tersebut kepada pengguna Nexus 4.

Walaupun boleh digunakan, namun beberapa fungsi masih tidak dapat digunakan ataupun masih belum diuji sepenuhnya. Antara fungsi yang masih belum diuji sepenuhnya adalah termasuk fungsi telefoni, sokongan kamera, sensor, Bluetooth, dan pelbagai perkara lain.

Ini boleh dikatakan versi pertama yang dikeluarkan untuk “Early Adopter” dan mungkin kita akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa untuknya.

Selain Nexus 4, pihak Jolla bakal turut menawarkannya untuk Galaxy S3 LTE tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd