(Ura-Ura) Apple Bakal Hadir Dengan Dua Variasi iPhone Seawal September Ini

(Ura-Ura) Apple Bakal Hadir Dengan Dua Variasi iPhone Seawal September Ini

Diterbitkan pada Mac 28, 2014 oleh .

Sejak beberapa bulan yang lepas, kita telah sedia mendengar beberapa desas-desus mengatakan Apple akan hadir dengan dua variasi iPhone pada tahun ini, iaitu bersaiz 4.7-inci dan juga 5.5-inci. Kini, sebuah laporan baru hadir, mengatakan Apple akan memperkenalkan kedua-duanya seawal bulan September ini.

Laporan terbaru ini dilihat hadir daripada pihak Nikkei, salah satu penerbitan memfokuskan perniagaan di Jepun. Pada tahun lepas, mereka turut melaporkan berkenaan iPhone lebih awal sebelum pelancarannya, yang mana tepat seperti dilaporkan.

Dengan pelbagai peranti di pasaran yang ditawarkan dengan skrin bersaiz besar, ramai pengguna dilihat turut menantikan telefon pintar dengan skrin bersaiz besar daripada Apple.

Ia dikatakan pengeluaran panel skrin untuk iPhone baru dijangka dimulakan pada suku kedua ini (April – Jun). iPhone yang bakal diperkenalkan pada tahun ini dikatakan akan menyertakan resolusi paparan yang lebih tinggi berbanding versi sedia ada.

Apple sebelum ini telah memperkenalkan iPhone pada bulan September, dan hanya memasuki pasaran tempatan sekitar bulan November. Mungkinkah pada tahun ini kita akan melihatnya memasuki pasaran tempatan lebih pantas?


TIPS & ULASAN