Permainan Captain America : TWS Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android

Permainan Captain America : TWS Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android

Diterbitkan pada Mac 28, 2014 oleh .

Captain AmericaBersempena dengan tayangan filem Captain America baru di pawagam seluruh negara, pihak Gameloft turut sama hadir dengan permainan untuk peranti mudah-alih dengan latar yang selari dengan filem tersebut.

Buat masa ini, permainan ini dilihat telah diterbitkan di Google Play Store, membolehkan semua pengguna Android memuat-turun dan memainkannya pada peranti mereka.

Permainan ini ditawarkan secara percuma untuk dua tahap yang pertama sahaja, dan untuk memainkannya secara lanjut, pengguna perlu membuat pembelian dalam-aplikasi.

Apa pun, bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba permainan ini, boleh memuat-turunnya daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Captain America TWS untuk Android


TIPS & ULASAN