Aplikasi Timehop Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Aplikasi Timehop Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Mac 28, 2014 oleh .

Timehop sebelum ini sedia ditawarkan untuk para pengguna iPhone, dan kini ia turut telah diterbitkan untuk para pengguna Android menggunakan perkhidmatan tersebut dan mengingat semula pelbagai sejarah perkongsian mereka.

Timehop menggunakan data daripada rakaman kamera pengguna, dan juga perkongsian pada laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga Twitter.

Menggunakan aplikasi ini, ia memperlihatkan secara tersusun mengikut tahun berkenaan apakah yang dikongsikan oleh anda pada tahun-tahun yang lepas. Ini sekaligus membolehkan anda mengaitkan ia dengan beberapa kejadian, sekaligus membawa kembali nostalgia anda.

Bagi para pengguna Android, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Timehop untuk Android


TIPS & ULASAN