Thunderbolt merupakan salah satu teknologi yang diintegrasikan pada beberapa peranti baru, terutamanya komputer daripada Apple. Aksesori dan produk yang menyokongnya masih lagi sedikit, dan kini ia dilihat pihak Western Digital hadir dengan cakera keras mudah-alih mereka menggunakan sokongan Thunderbolt.
Dinamakan sebagai My Passport Pro, ia hadir dalam variasi storan 2TB dan juga 4TB, dan dilaporkan menawarkan kelajuan pemindahan data sehingga 233MB/s.
Ia mungkin amat berguna kepada mereka yang sering memindahkan fail bersaiz besar, terutamanya berkaitan dengan multimedia dan sebagainya.
Apa pun, pihak Western Digital masih tidak mengumumkan harga jualannya buat masa ini. Memandangkan pelbagai aksesori berasaskan Thunderbolt masih berharga tinggi, mungkin My Passport Pro juga akan membawakan tanda harga yang agak tinggi berbanding beberapa alternatif yang lain.