P1 Dijangka Memperkenalkan Rangkaian LTE Seawal Penghujung Tahun Ini

P1 Dijangka Memperkenalkan Rangkaian LTE Seawal Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 28, 2014 oleh .

TM P1Telekom Malaysia semalam telah mengumumkan mereka akan mengambil-alih pegangan P1 sebanyak 57%, disamping bekerjasama dengan SK Telecom dan Green Packet dalam membangunkan perkhidmatan komunikasi bersepadu generasi baru di Malaysia.

Lanjutan daripadanya, kini CEO untuk P1 dilihat mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan perkara tersebut, disamping turut berkongsi mengatakan perkhidmatan rangkian LTE akan dibangunkan secara berperingkat – dan akan diperkenalkan seawal penghujung tahun ini.

P1 melalui kerjasama daripada Telekom Malaysia dan juga SK Telecom, bakal membangunkan rangkaian 4G-LTE yang lebih berkualiti – apatah lagi dengan kepakaran SK Telecom yang sedia membangunkan rangkaian LTE yang terbaik di dunia.

P1 mengatakan mereka akan terus menawarkan perkhidmatan WiMAX tanpa sebarang perubahan untuk masa ini, sementara mereka memperkenalkan perkhidmatan rangkaian LTE secara berperingkat.

Ia dilihat akan hadir dalam bentuk pelan baru daripada P1, dan sekiranya ia disokong pada kawasan anda, pihak P1 akan memberikan pilihan untuk berubah kepada rangkaian LTE ataupun membolehkan pengguna kekal menggunakan rangkaian WiMAX.

Apa pun, selang beberapa tahun selepas ini, pihak P1 dijangka akan mengantikan perkhidmatan WiMAX mereka sepenuhnya kepada LTE secara berperingkat, dan memfokuskan kepada pelan tawaran LTE sahaja selepas itu.

Jadi, sama-sama kita nantikan apakah pelan yang bakal ditawarkan oleh P1 melalui rangkaian LTE mereka kelak.


TIPS & ULASAN