Cari @ Amanz

Pihak Blackberry hari ini berkongsi beberapa statistik semasa mereka, dimana mengatakan perkhidmatan BlackBerry Messenger kini mempunyai lebih kurang 113 juta pengguna berdaftar, dan hampir 85 juta pengguna aktif setiap bulan.

BBM Windows

BlackBerry turut mengatakan kini perkhidmatan permesejan mereka mempunyai lebih kurang 500,000 BBM Channels – salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh mereka.

BBM telah menjadi salah satu fokus utama mereka akhir-akhir ini, dimana ia telah diperkenalkan pada Android dan juga iOS. Pihak BlackBerry turut mengatakan ia akan hadir ke Windows Phone tidak lama lagi.

Menariknya, selain platform mudah-alih, pihak BlackBerry turut menyasarkan untuk membawa perkhidmatan permesejan mereka ke desktop, dan memudahkan pengguna menghantar dan menerima mesej terus menggunakan komputer mereka.

Apa pun, pihak BlackBerry tidak memberikan kata putus berkenaan bila ingin memperkenalkannya.

Jadi, sekiranya ia diperkenalkan pada platform desktop, adakah ia akan terus menarik pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut, ataupun selesa dengan beberapa perkhidmatan lain seperti Skype, LINE, dan sebagainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd