Cari @ Amanz

ICON Mobi yang popular dengan aplikasi InstaB, kini dilihat sebuah permainan berbentuk kasual untuk pengguna Android dan juga iOS, dinamakan sebagai “Flying Bomoh”.

Permainan Flying Bomoh ini membawakan cara permainan menyerupai Flappy Bird, dimana pengguna perlu tap pada skrin untuk mengawal watak “Bomoh terbang” dan mengelak daripada halangan, serta mencatatkan markah yang paling tinggi melaluinya.

Flying Bomoh

Permainan ini ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS, dan hadir dengan sokongan paparan iklan pada permainan. Dari segi grafik dan permainan, pada versi iOS ia dilihat lebih kemas berbanding pada versi Android.

Bagi anda yang berminat dengan permainan dengan genre “Flappy Bird”, mungkin boleh memuat-turun dan memainkannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd