Yahoo! Dilaporkan Ingin Menarik Penerbit Video Di YouTube Ke Platform Mereka

Yahoo! Dilaporkan Ingin Menarik Penerbit Video Di YouTube Ke Platform Mereka

Diterbitkan pada Mac 29, 2014 oleh .

Yahoo! sedia mempunyai perkhidmatan video mereka tersendiri dinamakan sebagai Yahoo! Screen. Namun, ia tidak membenarkan pengguna biasa berkongsi video mahupun menerbitkan melaluinya. Kini, ia dilihat mungkin berubah dan pihak Yahoo! dilaporkan sedang berbincang dengan beberapa penerbit video di YouTube untuk menggunakan platform Yahoo!.

Platform Yahoo! ini kelak dilaporkan akan memberikan pendapatan tambahan yang lebih tinggi berbanding dengan YouTube – sekaligus menjadi salah satu tarikan kepada penerbit video dan penghasil kandungan beralih kepadanya. Apa pun, berbeza dengan YouTube, platform ini tidak akan dibuka kepada umum, tetapi mereka yang terpilih sahaja boleh menggunakan platform tersebut untuk menerbitkan kandungan.

Perkara ini sekaligus akan membolehkan pihak Yahoo! menawarkan kandungan yang berkualiti dan eksklusif kepada pengguna mereka.

Yahoo! sebelum ini pernah cuba mengambil-alih DailyMotion, tetapi gagal untuk mendapatkannya.

Memandangkan video merupakan salah satu bentuk kandungan yang mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini, maka ia tidak mustahil untuk Yahoo! turut memfokuskan kepadanya.


TIPS & ULASAN