Cut The Rope 2 Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Peranti Android

Cut The Rope 2 Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Peranti Android

Diterbitkan pada Mac 29, 2014 oleh .

Cut The Rope 2Selepas beberapa bulan diperkenalkan untuk pengguna iPhone, kini pihak ZeptoLab turut menerbitkan permainan popular Cut The Rope 2 untuk para pengguna Android.

Cut The Rope 2 membawakan lebih banyak cabaran baru, dengan beberapa watak dan elemen permainan yang dikemaskini. Seperti biasa, ia masih mengekalkan permainan berlatarkan kepada fenomena fizik. Bersama-sama pengenalan untuk Android, pihak ZeptoLab turut mengatakan permainan francais Cut The Rope ini telah melangkaui angka muat-turun keseluruhan sebanyak 500 juta muat-turun.

Untuk para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Cut The Rope 2 untuk Android


TIPS & ULASAN