Maxis Dan DiGi Telah Memulakan Pra-Tempahan Untuk Samsung Galaxy S5

Maxis Dan DiGi Telah Memulakan Pra-Tempahan Untuk Samsung Galaxy S5

Diterbitkan pada Mac 30, 2014 oleh .

Lanjutan daripada pelancaran Samsung Galaxy S5 di Malaysia tempoh hari, dua syarikat telekomunikasi utama di Malaysia, iaitu Maxis dan DiGi dilihat telah memulakan pra-tempahan untuk peranti berkenaan, dan memperlihatkan pelan yang ditawarkan untuk peranti berkenaan.

Galaxy S5

DiGi dilihat menawarkan peranti Samsung Galaxy S5 ini dalam pilihan pakej DG SmartPlan 78, 108 dan juga 148. Seperti biasa, harga peranti berbeza mengikut pilihan pelan, dan pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1199 dengan DG SmartPlan 148 yang memerlukan komitmen bulanan sebanyak RM148 selama 24 bulan.

Lihat : Pelan DiGi untuk Samsung Galaxy S5

Maxis pula dilihat menawarkan pakej mereka tersendiri, dengan variasi pakej SurfMore 50, SurfMore 75, Talkmore 28, Talkmore 48, dan juga Talkmore 78. Pengguna boleh memilih sama ada ingin memilih pakej yang banyak masa panggilan ataupun penggunaan data mengikut pilihan mereka. Melalui pakej yang ditawarkan, pengguna boleh mendapatkan peranti tersebut pada harga serendah RM1399 melalui pakej TalkMore 78 dan komitmen bulanan sebanyak RM78 selama 24 bulan. (Pelan TalkMore memerlukan anda menambah duit komitmen bulanan sekiranya menambah pelan data padanya).

Lihat : Pelan Maxis untuk Samsung Galaxy S5

Kedua-dua syarikat telekomunikasi ini menawarkan penghantaran kepada pelanggan secara percuma – dimana ia akan dilakukan pada 11 April kelak.

Selain Maxis dan DiGi, Celcom turut akan menawarkannya, selain Galaxy S5 yang akan dijual melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga RM2399.

Baca : Pandang Pertama Galaxy S5


TIPS & ULASAN