Cari @ Amanz

Pada pelancaran Galaxy S5 di Malaysia tempoh hari, ia dilihat pihak Samsung telah mengesahkan akan hadir dengan dua variasi Galaxy Tab 4. Kini, selepas gambar Galaxy Tab 4 7 tertiris, dua lagi gambar baru hadir memperlihatkan variasi tablet sama dalam bentuk 10.1-inci.

Galaxy Tab 4 10-inci

Tablet ini dilihat sebagai penaik-tarafan kepada versi Galaxy Tab 3 bersaiz serupa yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Seperti beberapa tablet yang diperkenalkan oleh Samsung pada awal tahun ini, Galaxy Tab 4 dijangka akan dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.4 KitKat, serta dijangka akan menyertakan kamera bersaiz 3-megapixel di bahagian belakang, dan kamera bersaiz 1.2-megapixel pada bahagian hadapan.

Memandangkan pihak Samsung sedia mengumumkan Galaxy TabPRO 8.4 pada awal tahun ini, berkemungkinan keluarga Galaxy Tab 4 akan menggunakan tanda harga yang lebih rendah berbanding tablet berspesifikasi tinggi daripada Samsung.

Galaxy Tab 4 10-inci

Ia tidak diketahui lagi tarikh rasmi untuk pengenalan tablet berkenaan. Namun, gambar tertiris ini menggunakan tarikh 24 April pada gambarnya – memberikan petanda ia mungkin diperkenalkan pada tarikh berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd