BBM Untuk Windows Phone Mungkin Hadir Seawal Suku Kedua 2014 Ini

BBM Untuk Windows Phone Mungkin Hadir Seawal Suku Kedua 2014 Ini

Diterbitkan pada Mac 30, 2014 oleh .

Pada Mobile World Congress yang lepas, pihak BlackBerry telah mengumumkan BBM akan hadir untuk Windows Phone, namun tiada sebarang tarikh yang diberikan berkenaan bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi untuk platform tersebut.

Nokia Lumia BBM

Melalui pengumuman kewangan mereka baru-baru ini, ia dilihat BlackBerry menyasarkan untuk memperkenalkannya pada suku fiskal kedua syarikat tersebut, iaitu sekitar Mei hingga bulan Julai ini.

Menariknya, selain menerbitkan ia untuk Windows Phone, BlackBerry turut akan menyertakan ia terbina bersama beberapa peranti Nokia Lumia di pasaran-pasaran terpilih. Perkara ini dijangka akan terus menambah penggunaan perkhidmatan permesejan tersebut.

BlackBerry Messenger sebelum ini hanya eksklusif untuk pengguna BlackBerry, sebelum baru-baru ini ia telah diperkenalkan untuk pengguna Android dan iOS. Selain penantian untuk platform Windows Phone, ia kelihatan berkemungkinan perkhidmatan permesejan tersebut mungkin turut diperkenalkan untuk pengguna desktop.


TIPS & ULASAN