HTC Mungkin Hadir Dengan Variasi One M8 Versi Windows Phone?
HTC

HTC Mungkin Hadir Dengan Variasi One M8 Versi Windows Phone?

Diterbitkan pada Mac 30, 2014 oleh .

HTC pada minggu lepas telah hadir dengan telefon pintar Android terbaru mereka, dinamakan sebagai HTC One M8, dan menyertakan pelbagai pembaharuan dan penambahan fungsi padanya. Kini, mengikut desas-desis terkini, HTC dikatakan mungkin turut menyediakan variasi untuk versi Windows Phone 8 peranti berkenaan.

HTC boleh dikatakan agak jarang memperkenalkan telefon pintar Windows Phone. Kali terakhir mereka memperkenalkannya adalah peranti HTC 8S dan juga HTC 8X.

Mengikut apa yang dilaporkan baru-baru ini, HTC dikatakan sedang merancang untuk hadir dengan telefon Windows Phone baru, yang mana akan menggunakan beberapa elemen HTC One M8, termasuk skrin bersaiz 5-inci 1080p, cip Snapdragon, kamera HTC Ultrapixel, dan beberapa yang lain.

Memandangkan kini mereka telah mula menggunakan butang maya atas-skrin, maka ia mungkin sekaligus memudahkan proses mereka menggunakan elemen dan komponen sama pada peranti lain.

Apa pun, ia masih lagi pada peringkat desas-desus buat masa ini, dan tiada komen rasmi pihak HTC berkenaan dengannya.

Bagi anda, sekiranya HTC hadir dengan telefon pintar Windows Phone menyerupai HTC One M8, adakah anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN