Epic Games Memperkenalkan Unreal Engine 4 Dalam Bentuk Langganan

Epic Games Memperkenalkan Unreal Engine 4 Dalam Bentuk Langganan

Diterbitkan pada Mac 31, 2014 oleh .

Bagi yang tidak mengenali Unreal Engine, anda mungkin kenal dengan permainan video seperti Mass Effect dan Gears of War. Kedua-dua permainan video ini dibina dengan menggunakan perisian Unreal Engine yang dibangunkan oleh Epic Games. Terbaru, mereka mengumumkan perisian generasi seterusnya iaitu memperkenalkan Unreal Engine 4 dalam bentuk langganan.

unreal_engine

Dengan harga serendah $19 sebulan (iaitu kira-kira RM63), pelanggan dapat mengakses Unreal Editor dan juga kod sumber enjin yang dikuasakan oleh perisian itu sendiri, dan boleh diakses pada repositori tertutup milik Epic Games pada laman GitHub.

Pihak Epic Games turut meletakkan syarat bahawa bagi setiap permainan video yang dibina menggunakan Unreal Engine 4 perlu mengagihkan keuntungan bersih mereka sebanyak 5% kepada pihak Epic Games. Selain daripada berita mengenai sistem langganan itu, Unreal Engine 4 turut diperkatakan bahawa ia membawakan sokongan OSX, Oculus Rift, Linux, Steam Machine, dan juga sokongan HTML5.


TIPS & ULASAN