Cari @ Amanz

amazonBeberapa hari yang lalu Google Drive telah mengemaskini harga untuk langganan storan tambahan pada platform mereka, membawakan potongan harga yang sangat lumayan. Terbaru, pihak Amazon juga mengumumkan potongan harga untuk perkhidmatan yang ditawarkan mereka pada Amazon Web Services, AWS.

Menurut pengumuman yang dibuat pada blog rasmi Amazon Web Service, pengumuman harga baru ini merupakan potongan harga yang ke-42 sejak tahun 2008. Amazon memotong harga untuk perkhidmatan Simple Storage Service (S3) dengan purata sebanyak 51%. Selain daripada perkhidmatan S3, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti Elastic Compute Cloud (EC2), Relational Database Service (RDS), Elastic MapReduce (MapReduce) juga mendapat potongan harga yang agak lumayan.

Untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut mengenai potongan harga bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh AWS, anda boleh merujuk laporan kemaskini pada blog rasmi Amazon Web Service ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd