Cari @ Amanz

UbuntuUbuntu 14.04 LTS kelak bakal membawakan kemaskini yang menarik, antaranya ialah Unity Control Center and Unity Settings Daemon yang dibina berasaskan Gnome Control Center and Gnome Settings Daemon. Kini, pasukan pembangun Ubuntu mengumumkan pembangunan Ubuntu 14.04 LTS versi beta akhir, dan ia sedia untuk dimuat turun untuk pengguna.

Beberapa perkara yang turut diperbaharui antaranya Unity yang terbina pada versi 14.04 LTS ini menggunakan dekorasi tema berasaskan GTK3 CSS, berbeza dengan versi sebelumnya yang bergantung kepada Compiz. Pembaharuan dekorasi tema kepada GTK3 CSS ini diperkatakan bahawa ia menjadikan persekitaran Unity lebih responsif berbanding sebelumnya.

Satu lagi pembaharuan yang dibawakan pada versi 14.04 LTS ini ialah Locally Integrated Menus, LIM. Pada generasi sebelumnya, menu untuk aplikasi ditempatkan di panel bar pada bahagian atas desktop (sama seperti OSX), tetapi LIM ini menempatkan menu untuk aplikasi pada title bar aplikasi tersebut.

locally-integrated-menus-ubuntu-14.04

Selain daripada peningkatan dari aspek antaramuka, Ubuntu 14.04 LTS menawarkan sokongan TRIM untuk SSD secara default, menambahbaik sokongan terhadap paparan resolusi tinggi, sokongan nVidia Optimus yang ditingkatkan, dan disertakan dengan kernel versi 3.13.

Ubuntu 14.04 LTS versi beta akhir ini juga boleh didapati pada variasi-variasi Ubuntu yang lain seperti Edubuntu, Kubuntu, Lubuntu, Ubuntu Gnome, UbuntuKylin, Ubuntu Studio, dan juga Xubuntu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd