SUSE Memperkenalkan kGraft – Membolehkan Kernel Linux Dikemaskini Tanpa Proses Reboot

SUSE Memperkenalkan kGraft – Membolehkan Kernel Linux Dikemaskini Tanpa Proses Reboot

Diterbitkan pada Mac 31, 2014 oleh .

suse-linux-logo-300x272Kira-kira 2 bulan yang lalu organisasi sumber terbuka terkenal iaitu SUSE mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan satu program yang diberi nama kGraft, membolehkan kernel Linux dikemaskini tanpa memerlukan proses reboot.

Ketika berlangsungnya Linux Foundation Collaboration Summit di California, SUSE mengumumkan kGraft kepada umum, sekaligus melepaskan kod sumbernya yang boleh didapati melalui laman repositori Git di Kernel.org.

Selain daripada kGraft, kSplice juga merupakan solusi yang terkenal untuk membolehkan kernel Linux dikemaskini tanpa proses reboot, yang mana kini ia dimiliki oleh Oracle. Red Hat juga turut mengumumkan penyelesaian yang sama baru-baru ini yang dinamakan sebagai kPatch dan ketika ini ia masih lagi belum stabil untuk digunakan. Jika anda berminat untuk mencuba kPatch, anda boleh mendapatkannya di laman repositori GitHub kPatch.


TIPS & ULASAN