Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan perkhidmatan jalur lebar luar bandar TM WauFi kepada umum. Melalui WauFi, khidmat jalur lebar yang selama ini terhad kepada pengguna urban kini boleh dinikmati oleh penduduk luar bandar. Wau tradisional gergasi  yang dilengkapi panel solar akan terbang di udara dan menjadi sistem pemancar WauFi.

Sistem wau dipilih kerana ianya murah, mudah dikendalikan serta memang sinonim sebagai budaya asli Malaysia. Telekom Malaysia bekerjasama dengan pereka wau bulan ternama Pak Kasim Misrun bagi menghasilkan struktur WauFi yang tahan lasak tetapi masih setia kepada rekaan wau bulan asli,

TMWAUFI

Buat masa ini WauFi akan memulakan ujian di pantai timur sebelum kawasan ujian diperkembangkan ke pedalaman Sabah dan Sarawak. Dalam ujian yang dilakukan setiap WauFi yang terbang di udara mampu memberikan khidmat internet kepada kawasan bersaiz 10 kilometer persegi apabila diterbangkan pada ketinggian 60 meter. Menurut Pengurus Besar TM WauFi Dato’ Alyaa Ramlan ,projek WauFi adalah antara inisiatif Telekom Malaysia untuk menghasilkan sinergi budaya turun temurun Malaysia dengan teknologi terkini abad ke-21.

“Kami ada beberapa lagi projek gabungan teknologi lama dan baru dalam perancangan tahun ini. WauFi akan menjadi layang-layan loncatan pertama pihak kami bagi memperkasakan budaya dengan bantuan teknologi. Jika tiada aral melintang bulan pada 1 April tahun hadapan  kami akan melancarkan WiFi Hotspot Kuda Kepang pula kepada orang ramai di Johor”

Di dalam majlis pelancaran WauFi, pihak turut mengumumkan program latihan menerbangkan WauFi kepada penganggur. Ianya terbuka kepada lepasan SPM dan mengajar mereka selok belok operasi penerbangan WauFi.

TMWAUFI.2

-techtroll :) –

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd