Permainan Captain America : Winter Soldier Diterbitkan Untuk Pengguna iOS

Permainan Captain America : Winter Soldier Diterbitkan Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada Mac 31, 2014 oleh .

Captain AmericaSetelah diterbitkan untuk pengguna Android beberapa hari yang lepas, hari ini pihak Gameloft turut sama telah menerbitkan permainan terbaru mereka untuk para pengguna peranti iOS.

Melalui permainan tersebut, pengguna akan memainkan watak Captain America dalam berlawan dengan pihak musuh dan menjaga keamanan.

Berbeza dengan versi Android, permainan ini ditawarkan pada harga $2.99 untuk pengguna iOS, dan memerlukan pengguna menjalankan sistem operasi iOS 7 dan terkini untuk memainkannya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya daripada iTunes AppStore hari ini.

Muat-Turun Captain America untuk iOS


TIPS & ULASAN