Deezer Memperkenalkan Beberapa Perkara Baru – Flow, Playlist Radio Dan Aplikasi Mac

Deezer Memperkenalkan Beberapa Perkara Baru – Flow, Playlist Radio Dan Aplikasi Mac

Diterbitkan pada Mac 31, 2014 oleh .

Deezer hari ini memperkenalkan beberapa pembaharuan pada perkhidmatan mereka, dimana antaranya adalah kemaskini pada aplikasi mudah-alih mereka, dan juga pengenalan aplikasi Deezer untuk Mac yang sedia dinantikan ramai.

Flow membolehkan pengguna melangkau sehingga enam lagu setiap jam.Fungsi baru yang menjadi fokus pada pengenalan kemaskini hari ini adalah Deezer Flow, yang mana merupakan perkhidmatan penstriman daripada Deezer, membolehkan pengguna hadir dengan stesen radio mereka tersendiri menggunakan senarai lagu pada peranti, lagu-lagu yang didengar di Deezer dan beberapa algoritma lain dalam hadir dengan penawaran lagu yang diminati pengguna.

Deezer mengatakan ia ditawarkan secara percuma untuk pengguna peranti mudah-alih tanpa sebarang had masa dan sebagainya.

Deezer Free

Disamping itu, pihak Deezer turut hadir dengan fungsi “Playlist Radio”, yang mana menawarkan pelbagai cadangan muzik dan lagu yang boleh didengar secara percuma pada peranti mudah-alih anda.

Dan akhir sekali, setelah mengumumkan pengenalan Deezer untuk Mac, hari ini Deezer mengumumkan pengenalan versi beta baru yang membolehkan pengguna mengabungkan koleksi muzik sedia ada mereka bersama-sama dengannya, dan menguruskan senarai lagu dan muzik melalui satu aplikasi.

Deezer Mac

Ke semua pengenalan ini akan dilakukan secara berperingkat oleh Deezer kepada para pengguna bermula hari ini, termasuklah pengenalan kemaskini untuk aplikasi mudah-alih dan juga pengenalan aplikasi Deezer untuk Mac.

Untuk makluman tambahan, hanya fungsi Flow sahaja yang ditawarkan kepada semua pengguna, sebaliknya fungsi Playlist Radio dan juga Deezer untuk Mac hanya ditawarkan untuk pelanggan Premium+ sahaja.

Deezer turut mengatakan mereka akan hadir dengan perisian untuk Windows tidak lama lagi.

Muat-Turun Deezer untuk Mac


TIPS & ULASAN