BlackBerry World Menyambut Ulang-Tahun Ke-5 Dengan Menawarkan Aplikasi Percuma

BlackBerry World Menyambut Ulang-Tahun Ke-5 Dengan Menawarkan Aplikasi Percuma

Diterbitkan pada Apr 1, 2014 oleh .

BlackBerry pada minggu ini menyambut ulang-tahun yang ke-5 untuk kedai aplikasi mereka, BlackBerry World. Menariknya, bersempena dengan ulang-tahun ke-5, sebanyak 5 aplikasi ditawarkan secara percuma oleh pihak BlackBerry untuk pengguna mereka.

BlackBerry World 5 Tahun

Untuk pengguna BlackBerry 10, anda ditawarkan degan aplikasi Tilt, Scan to Text, InstaVenue, Uno dan juga Doodle Jump. Untuk pengguna BlackBerry OS pula, anda ditawarkan dengan permainan Iron Man 3, Uno & Friends, ColorID, Photo Studio Pro dan juga Keep Calm-o-matic Theme.

Kesemua ini boleh dimuat-turun secara percuma antara hari ini sehingga 4 April kelak. Pengguna BlackBerry juga diperlihatkan dengan sebuah gambar khas untuk memuat-turun semua aplikasi ini apabila mereka mengakses Blackberry World untuk tempoh sehingga 4 April ini.

Muat-Turun Aplikasi Percuma Sempena Ulang-Tahun Ke-5 Blackberry World


TIPS & ULASAN