Cari @ Amanz

Selain daripada permainan mencari Pokemon di Google Maps, pihak Google Jepun juga hadir dengan lawak jenaka mereka tersendiri, melalui sebuah produk yang dinamakan sebagai “The Magic Hand”.

The Magic Hand ini ditujukan kepada para pengguna peranti dengan skrin sentuh – seperti tablet dan telefon pintar dalam memudahkan mereka membuat input dan flick pada perkataan yang berkaitan. Google Jepun mengatakannya ia sesuati untuk digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah seperti tangan tercedera, tangan basah dan sebagainya, disamping membuat input dengan lebih tepat lagi.

Google Magic Hand

Menariknya, Google Jepun juga turut memperlihatkan sokongan penyambungan papan kekunci, serta versi mudah-alih – yang hadir dalam bentuk tali leher untuk memudahkan pengguna membuat input ketika diluar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd