Cari @ Amanz

Permainan Clash of Clans boleh dikatakan salah satu permainan strategi yang menarik dan popular di peranti mudah-alih. Terkini, pembangunnya Supercell dilihat turut hadir dengan permainan baru yang dinamakan sebagai Boom Beach.

Boom Beach

Boom Beach menawarkan bentuk permainan yang menyerupai Clash of Clans, tetapi mengambil latar masa dan tempat yang berbeza. Permainan Boom Beach ini dilihat menggunakan watak tentera, dan mengambil latar kawasan berpulau. Seperti biasa, pemain perlu mempertahankan kepulauan mereka, disamping pada masa yang sama boleh memperluaskan ia dengan menjajah beberapa pulau berhampiran yang lain.

Bentuk cara serangan dilakukan dilihat diubah sedikit, memerlukan pemain memikirkan strategi yang bersesuaian dan lebih interaktif berbanding permainan Clash of Clans sebelum ini.

Buat masa ini, permainan Boom Beach ini ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja, dan tidak diketahui lagi berkenaan bilakah ia akan diterbitkan untuk pengguna Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd