(April Fool) Nest Ingin Memudahkan Pengguna Mengawal Suhu Di Dalam Kapal Terbang

(April Fool) Nest Ingin Memudahkan Pengguna Mengawal Suhu Di Dalam Kapal Terbang

Diterbitkan pada Apr 1, 2014 oleh .

Nest merupakan salah satu syarikat yang telah diambil-alih oleh Google baru-baru ini. Dengan budaya Google untuk hadir dengan lawak jenaka mereka tersendiri setiap tahun, kini Nest turut menyertainya, dan mengumumkan kerjasama mereka dengan pihak penerbangan Virgin.

Melalui video yang diperlihatkan, ia menunjukkan Nest menyediakan sokongan untuk mereka yang menaiki penerbangan Virgin untuk mengawal suhu tempat duduk mereka. Sebagai contoh, boleh menetapkannya kepada hari yang cerah, ataupun menetapkannya kepada keadaan berangin dan sebagainya. Fungsi ini dinamakan sebagai “Total Temperature Control” oleh pihak Nest.

Jadi, apa kata anda berkenaan lawak jenaka daripada Nest ini?


TIPS & ULASAN