Ingatkah lagi dengan projek Kickstarter pada tahun lepas, dinamakan Pressy. Sementara ramai lagi yang masih belum mendapatnya, kini ia dilihat syarikat pengeluar peranti mudah-alih dari China, Xiaomi akan hadir dengan produk yang lebih kurang sama, dinamakan Xiaomi MiKey.
Xiaomi MiKey ini merupakan sebuah plug 3.5mm yang direka khas untuk peranti Xiaomi. Pengguna boleh menggunakannya dengan menghubungkan ia diruangan audio-jack, dan kemudian membuat akses pantas dengan menekan pada butang di MiKey. Sebuah aplikasi khas turut disertakan untuk memudahkan pengguna membuat tetapan dan mengawal MiKey.
Menariknya mengenai MiKey, adalah harga jualannya kelak. Xiaomi ingin menjualnya bermula 8 April ini pada harga hanya 4.9 Yuan iaitu sekitar ~RM2.57 – yang mana jauh berkali ganda lebih murah berbanding Pressy sebelum ini.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan MiKey ini?