Carian
Ecoppia : Robot Pembersih Panel Solar Tanpa Pemandu
April 1, 2014 Effi Saharudin

Krisis tenaga dunia akan mendadak naik dalam masa terdekat. Pergantungan tamadun manusia kepada bahan api fosil sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Di Malaysia kita boleh melihat kenaikan tarif elektrik dan harga minyak yang semakin menakutkan sungguhpun negara kita adalah antara negara pengeluar petroleum. Tenaga solar dan angin ialah antara alternatif yang digunakan negara-negara maju bagi memulihkan ketagihan manusia dari ketagihan bahan api fosil dan mula menggunakan bahan apali lestari.

Di negara Timur Tengah tenaga solar ialah sumber tenaga lestari yang paling banyak digunakan. Matahari yang bersinar tegak di atas kepala dan merubah susu menjadi keju seperti di dalam iklan popular suatu ketika dahulu kini menjana elektrik sepanjang tahun. Masalah utama ladang solar di kawasan berpadang pasir ialah habuk yang melitupi permukaan panel solar. Ketura Sun ialah sebuah ladang solar yang beroperasi di Nagev Israel. Setiap tahun pekerja harus membersihkan panel solar dari mendakan debu sebanyak 9 kali. Proses ini sukar kerana panel solar adalah sensitif kepada kerosakan ketika proses pembersihan. Bagi menyelesaikan masalah ini Ketura Sun mula menggunakan robot tanpa pemandu yang akan menyapu permukaan panel solar berdebu setiap hari pada waktu malam. Ini bukan sahaja memastikan panel solar akan sentiasa menghasilkan output yang maksimum tetapi pada waktu yang sama tidak menghalang operasi penghasilan tenaga pada waktu siang.

Akhirnya teknologi seakan robot Roomba kini digunakan secara komersial untuk pembersihan panel solar. Agaknya bila Malaysia akan mula menggunakan kuasa solar? Sampai bila pengguna harus menerima pelarasan tarif baru setiap tahun?

ecoppia-e4

ecoppia-e4-1

Sumber Ecoppia

 

 

Komen