(April Fool) Samsung Dan HTC Hadir Dengan Sarung Tangan Pintar
HTC

(April Fool) Samsung Dan HTC Hadir Dengan Sarung Tangan Pintar

Diterbitkan pada Apr 1, 2014 oleh .

Nampaknya, pihak Samsung dan HTC turut tidak ketinggalan untuk masing-masing hadir dengan lawak jenaka mereka tersendiri bersempena 1 April ini. Kedua-duanya hadir dengan produk yang memfokuskan kepada sarung tangan pintar.

Samsung Fingers

Sarung tangan pintar daripada Samsung ini dipanggil sebagai Samsung Fingers, dimana menyertakan paparan 3-inci pada tapak tangan, kamera tersembunyi 16-megapixel, serta beberapa sensor terbina. Samsung Fingers ini turut dilihat menyertakan memori sebanyak 4GB RAM, dan sebuah projektor tersembunyi dinamakan sebagai S-Laser.

HTC Gluuv

Selain Samsung, pihak HTC turut tidak ketinggalan dengan sarung tangan pintar mereka tersendiri. HTC hadir dengan sesuatu yang dinamakan sebagai HTC Gluuv, yang mana boleh digunakan dan diintegrasikan bersama-sama peranti HTC One M8 baru. Fungsi sokongan hologram dilihat turut disertakan pada produk mereka ini.

Apa pun, ini hanya sebagai lawak 1 April daripada Samsung dan HTC sahaja. Namun, sekiranya ia ditawarkan benar-benar, adakah anda akan membelinya?


TIPS & ULASAN