(April Fool) Nokia Memperkenalkan Nokia 3310 PureView – Hadir Dengan Kamera 41-Megapiksel

(April Fool) Nokia Memperkenalkan Nokia 3310 PureView – Hadir Dengan Kamera 41-Megapiksel

Diterbitkan pada Apr 1, 2014 oleh .

3310-pureview-in-line2Nampaknya jenaka April Fool pada tahun ini terus meriah yang mana pihak Nokia turut mengambil bahagian dalam jenaka April Fool ini. Pada hari ini, syarikat gergasi daripada Finland ini mengemaskini telefon yang popular sekitar tahun 2000 – Nokia 3310 dengan kamera 41-megapiksel PureView.

Dikongsikan melalui halaman rasmi Nokia Conversations, Nokia 3310 PureView membawakan rekaan ikonik Nokia 3310 yang mana hadir dengan skrin berukuran 3-inci ClearDiamond Display dengan resolusi sebesar 1280×768 WXGA. Selain itu, ia turut disertakan dengan pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, muatan dalaman sebesar 32GB dengan peningkatan memori microSD, dan menjalankan Windows Phone 8 sebagai sistem operasi utama peranti ini. Menariknya, ia turut disertakan dengan butang fizikal ‘soft-touch’ Windows yang istimewa bagi kemudahan pengguna mengendalikannya dalam apa jua cara sekalipun.

Pihak Nokia turut mengatakan Nokia 3310 PureView mempunyai daya ketahan fizikal yang amat kuat bagi membolehkan ia berfungsi walaupun dihentak dengan penukul besi. Tidak seperti Nokia 3310 generasi sebelumnya, Nokia 3310 PureView disertakan bersama skrin Gorilla Glass 3 dalam menjadikan skrin sangat tahan lasak dan tidak mudah pecah.

3310-pureview-in-line1

Nokia 3310 telah dijual lebih 125 juta di serata dunia sejak ia diperkenalkan dan perkara ini menjadikan telefon ini salah satu telefon paling laris yang pernah dijual oleh gergasi daripada Finland ini. Oleh disebabkan itu, pihak Nokia mahu terus memperkenalkan semula legasi bagi peranti ini dengan mengemaskininya bersama teknologi pengimejan PureView.

Nokia 3310 PureView hadir dengan kombinasi pilihan warna kuning, biru, merah, dan hijau dan setiap pembelian peranti ini akan diberikan storan tambahan sebanyak 7GB melalui storan awan OneDrive. Namun, buat masa ini pihak Nokia hanya memperkenalkan Nokia 3310 PureView versi 3G terlebih dahulu dan versi LTE dijangka akan diperkenalkan sekiranya peranti ini mendapat sambutan hangat di serata dunia.


TIPS & ULASAN