Cabaran MaGIC PitchIN – Menawarkan Hadiah RM25,000 Untuk Startup Tempatan

Cabaran MaGIC PitchIN – Menawarkan Hadiah RM25,000 Untuk Startup Tempatan

Diterbitkan pada Apr 1, 2014 oleh .

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) merupakan satu inisiatif dari kerajaan Malaysia yang telah diumumkan pada bulan Oktober tahun lepas bersempena Global Entrepreneurship Summit (GES) yang ke-4. Pada bulan ini, inisiatif ini akan dilaksanakan dan terdapat pelbagai acara serta pertandingan yang dijalankan. Salah satunya merupakan acara kelolaan PitchIN dengan kerjasama Cradle Fund iaitu MaGIC PitchIN Challenge.

PitchIN yang membawakan perkhidmatan pengumpulan dana terbuka (crowdfunding) seperti Kickstarter menawarkan hadiah tunai RM25,000 untuk dua idea bisnes terbaik yang dipersembahkan. Melalui pertandingan tersebut, mereka berhasrat untuk membantu mengembangkan idea ke tahap pelaksanaan. Penyertaan diterima untuk individu, berpasukan ataupun mereka yang baru memulakan perniagaan.

Sebanyak 20 idea terbaik akan dipilih untuk menyertai peringkat akhir pertandingan ini dimana kesemua 20 idea tersebut akan melalui proses Bootcamp bertujuan untuk menyediakan mereka mempersembahakan idea mereka pada platform PitchIN. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah dana terbuka yang diperoleh mereka. 2 pemenang teratas akan memperoleh wang tunai RM25,000 dan 6 pemenang berikutnya akan menerima RM5,000   Mereka juga akan memperoleh dana tersebut sekiranya sasaran dana mereka tercapai.

Berikut merupakan maklumat penting berkenaan pertandingan ini.

  • Tarikh tutup penyertaan: 12 April 2014
  • Pengumuman finalis: 14 April 2014
  • Seminar Bootcamp: 19 & 20 April 2014.
  • Pengumuman 20 Idea terpilih: Pada pelancaran MaGIC

Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini, layari http://pitchin.magic.net.my/


TIPS & ULASAN