SwiftKey sedia popular dikalangan para pengguna peranti mudah-alih dengan skrin sentuh, dimana ia membolehkan pengguna membuat input dengan pantas dan tepat menggunakannya. Untuk lawak jenaka mereka bersempena 1 April, SwiftKey dilihat ingin membawa fungsi yang sama ke papan kekunci fizikal di komputer riba dan desktop.
Dinamakan sebagai Flow Hard, Swiftkey mengatakan ia membolehkan input dan kelajuan menaip bertambah sehingga 257% berbanding penaipan biasa. Pada masa yang sama, ia juga menjimatkan masa pengguna ketika menggunakan papan kekunci fizikal mereka.
Jadi, apa kata anda berkenaan lawak jenaka daripada pihak SwiftKey ini?